Individu Tak Vaksin Sebab Ada Penyakit Boleh Mohon Sijil Digital

Individu yang tidak boleh mengambil vaksin disebabkan faktor kesihatan boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera.

 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dengan berkata, permohonan untuk tujuan itu boleh dibuat melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berdekatan dengan mengemukakan borang khas slip penilaian kesesuaian menerima vaksin COVID-19.

 

Pengecualian itu hanya kepada pesakit yang disahkan mempunyai penyakit tertentu oleh pakar perubatan.

 

“Yang pertama adalah pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu tersebut, pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan ataupun pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan.

“Jika permohonan lengkap dan mengikuti syarat yang ditetapkan, sijil digital tersebut melalui MySejahtera akan diperolehi dalam tempoh seminggu,” katanya.

 

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN