Penyanyi Ika Mustafa Buka Tudung Kerana Penat ‘Berpura-Pura’

Penyanyi muda, Ika Mustafa memutuskan untuk kembali tidak berhijab kerana enggan ‘berpura-pura’ lagi dengan khalayak ramai.

penyanyi ika mustafa buka tudung kerana penat ‘berpura-pura’

Menurut pendatang baru dalam industri itu, keputusan tersebut diambil selepas dia kembali sibuk dengan kerjaya tetapnya iaitu pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

“Sebelum ini memang saya tidak berhijab pun. Saya tidak mahu lagi berpura-pura depan orang ramai. Saya hanya pakai tudung sekitar dua tahun sahaja sewaktu pandemik.

“Saya kembali untuk membuka hijab sepenuhnya pada Februari tahun ini. Dalam tempoh itu, saya berhijab ‘on-off’ sebab masih lagi bergelar pramugari,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu “Pujaan Hati” itu juga mengatakan yang dia berasa serba salah kerana tidak mengenakan hijab sepenuhnya.

“Depan kamera saya berhijab, belakang kamera saya tidak berhijab. Saya rasa perkara itu salah.

“Takut juga kalau orang jumpa saya ketika dalam ‘flight’ (jadi pramugari). Kejap bertudung, kejap tidak,” ujarnya.

Namun, ia tidak mengubah yang dirinya benar-benar rasa ‘dijentik’ untuk mengenakan hijab serta berubah ke arah kebaikan semasa dunia dilanda pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

“Biasalah setiap orang akan ada fasa rasa hati untuk berubah. Mahu jadi yang lebih baik. Tapi bukan mudah untuk kekal istiqamah.

“Lagi pun saya masih lagi bertugas sebagai pramugari dan telah memasuki tahun yang keempat. Ketika pandemik saya fokus dengan kerjaya nyanyian kerana industri penerbangan terhad ketika itu. Sekarang saya sudah ‘terbang’ semula sepenuh masa,” katanya.

 

Sumber: Kosmo

ARTIKEL BERKAITAN