Ifa Raziah Dah Kebal Dengan Kecaman, “Apa Salahnya, Setahun Sekali Sahaja Saya ‘Belanja’..”

Baru-baru ini, nama penyanyi Ifa Raziah telah menjadi perhatian selepas dilihat bergelek bersama seorang usahawan selebriti, dan terdahulu bersama beberapa artis lain dalam sebuah majlis kenduri akikah.

 

Tindakan itu dianggap memalukan, hinggakan ramai bertindak mengecam penyanyi berusia 47 tahun ini.

ifa raziah dah kebal dengan kecaman, “apa salahnya, setahun sekali sahaja saya ‘belanja’..”

Bagaimanapun menurut Ifa Raziah, beliau akui sudah lali dan tidak lagi terkesan dengan kecaman netizen, malah menyifatkan aksinya itu sebagai hiburan kepada rakyat Malaysia.

 

“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’. Kita nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia.

“Satu tak baca pun benda (kecaman) itu, buat penat saja mereka komen malah saya berterima kasih kerana menviralkan saya.

“Saya tak hairan, saya dah kebal dengan makian. Sudah 27 tahun jadi anak seni,” katanya.

 

Beliau turut mempersoalkan dimanakah silap dirinya dalam video yang tular, malah beliau berasa bangga kerana strategi pemasaran itu telah berjaya menarik perhatian ramai.
 

“Saya tidak bersentuhan dan tak pakai pakaian yang mencolok mata jadi di manakah kesalahan itu?

“Maknanya resepi saya menjadi, saya tetap popular walaupun dengan cara begini,” katanya lagi.

 

@kopiplanet Ifa Raziah mempertahankan tindakan merakam dan memuat naik video gelek punggung bersama Datuk Seri Aliff Syukri yang mendapat kecaman ramai… #fyp #foryourpage #foryoupage #ifaraziah #video #viral #tiktok #tiktokmalaysia #artis #penyanyi #dangdut ♬ original sound - KopiPlanet.com

 

Sumber: Kosmo! / Tiktok @kopiplanet