Ahli Yang Layak Sudah Boleh Mohon i-Citra Mulai Hari Ini

Ahli dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun ke bawah dan memenuhi kriteria ditetapkan, boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai hari ini.

ahli yang layak sudah boleh mohon i-citra mulai hari ini

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP menerusi laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

 

Bagi memudahkan permohonan dalam talian, ahli dinasihatkan untuk memasukkan nombor telefon bimbit yang sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan kod OTP, dan juga mempunyai akaun bank yang aktif untuk urusan pembayaran i-Citra.

 

Berikut adalah amaun pengeluaran i-Citra yang dibenarkan dan tertakluk kepada lima bulan pembayaran.

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

 

Bayaran i-Citra juga akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

ahli yang layak sudah boleh mohon i-citra mulai hari ini

Sumber: KWSP / Astro AWANI