Sebagai orang dewasa, memang jaranglah kita nak nampak makhluk halus ni kan kecuali jika seseorang untuk memang istimewa dan dapat melihatnya. Tapi tahukah anda, anak-anak kecil juga sebenarnya boleh nampak makhluk halus ni tau.

Sama seperti yang viral di TikTok baru-baru ini, seorang ibu menunjukkan yang dia merasa terkejut selepas melihat lukisan anaknya yang menakutkan.
Perkongsian yang telah mendapat perhatian orang ramai ini, kelihatan ibunya merasa seram dengan perangai ‘pelik’ anaknya itu.
Difahamkan, semenjak dua menjak ini anak perempuannya itu sering suka bersendirian dan tidur di ruang tamu.
Ibunya juga ada berkongsi beberapa lukisan yang dilukis anak perempuannya itu yang membawa rasa seram dan perkara ini tidak pernah dilakukan oleh anaknya sebelum ini. Malah, dia juga memberitahu anaknya itu tidaklah berapa pandai melukis.
"Bila saya slowtalk dengan dia. Dia just suka and gelak je, kami selalu juga bergaduh. Tapi biasalah gaduh anak dan mak. Minta semua doa yang baik-baik je ya," tulisnya di video itu.
Sumber: Tiktok @Herdiana