Gugur Jua Air Mata Datuk Yusof Haslam, Ibu Syamsul Yusof Tak Anggap Kazar Sebagai Besan

Sudah beberapa hari isu pengarah, Syamsul Yusof mengaku bernikah bersama Ira Kazar hangat diperkatakan netizen.

gugur jua air mata datuk yusof haslam, ibu syamsul yusof tak anggap kazar sebagai besan

Mana tidaknya, pernikahan yang dibuat di Thailand ini bukan sahaja mendapat bantahan dari si isteri, Puteri Sarah Liyana, malah dari kedua ibu dan bapa Syamsul sendiri.

 

Menerusi satu komen oleh ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah Ismail, beliau enggan mengaku bapa kepada isteri terbaharu Syamsul iaitu Kazar Saisi sebagai besan mereka.

 

“Besan kami En. Megat Kamaruddin (bapa Puteri Sarah) bukan dia,” katanya menerusi hantaran di ruangan komen Instagram.

gugur jua air mata datuk yusof haslam, ibu syamsul yusof tak anggap kazar sebagai besan

Malah, dalam satu temubual yang dibuat oleh sebuah rancangan hiburan di kaca televisyen jelas menunjukkan bapa Syamsul sendiri iaitu Datuk Yusuf Haslam menangis apabila diajukan soalan mengenai pernikahan anaknya itu.

 

“Bohonglah, saya kata tak kecewa. Tapi perasaan dan luahan hati saya tentulah tidak sama dengan isteri. Ibunya berasa sedih dan mungkin rasa marah sedikit. Saya pun berpesan dengan isteri, kita doakan yang terbaiklah.

"Kalau timbul apa-apa permasalahan selepas ini, saya harap Syamsul akan berikan penjelasan sejelas-jelasnya dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

"Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku sekiranya mereka tiada jodoh, saya harap Syamsul sebagai suami harus menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dia. Tanggungjawab suami bukan semata-mata untuk kita bagi duit saja, banyak aspek lagi," katanya.

gugur jua air mata datuk yusof haslam, ibu syamsul yusof tak anggap kazar sebagai besan

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah Liyana turut mendedahkan akan ke umrah pada 26 Januari ini bagi mendoakan kebahagiaan ibu serta bapa mertuanya. Malah kata Sarah, beliau tidak kisah andai tidak berasa bahagia, namun janganlah kepada ibu dan bapa mertuanya itu.

gugur jua air mata datuk yusof haslam, ibu syamsul yusof tak anggap kazar sebagai besan

Sumber: Instagram