Selagi Puteri Sarah Belum Bahagia, Ibu Syamsul Yusof Tak Akan Rasa Tenang

Datin Patimah Ismail, ibu mertua kepada pelakon Puteri Sarah Liyana dilihat terus memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada menantunya yang sedang dalam kontroversi bersama suami, Syamsul Yusof.

selagi puteri sarah belum bahagia, ibu syamsul yusof tak akan rasa tenang

Dalam perkongsian di Insta Story, Datin Patimah menyatakan bahawa dia tidak akan merasa tenang sehingga Puteri Sarah mencapai kebahagiaannya yang diimpikan. Patimah juga dilihat memuat naik gambar Puteri Sarah bersama anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah sambil memohon doa agar mereka bahagia.

selagi puteri sarah belum bahagia, ibu syamsul yusof tak akan rasa tenang

Pada 18 April lalu, Syamsul enggan meneruskan proses penceraian bersama Puteri Sarah dan proses tuntutan akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan.

 

Oleh kerana keengganan pengarah itu untuk melepaskan isterinya, Puteri Sarah diwakili oleh peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader dalam tuntutan nusyuz terhadap Syamsul yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami.

 

Sebelum itu, pada 21 Mac, Syamsul juga telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu yang didakwa curang terhadapnya dengan bekas teman lelaki yang sudah berkahwin.

 

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam yang berusia 6 tahun dan Sumayyah yang berusia 4 tahun.

 

Sumber: Instagram Datin Patimah