“Saya Maafkan Sebab Netizen Macam Lembu Dicucuk Hidung” -Ibu Aliff Aziz

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza tampil kembali dalam media sosial dan mendedahkan dia banyak menerima mesej langsung (DM) yang berbaur kebencian. 

Namun, Fiza tidak mahu melayan perkara tersebut selain memafkan segala kata kesat yang mereka katakan kepada keluarga Aliff. 

“Masya-Allah tabarakallah, setiap hari saya terima beratus-ratus DM kebencian daripada ‘cybertroopers‘ tegar.

“saya maafkan sebab netizen macam lembu dicucuk hidung” -ibu aliff aziz

“Alhamdulillah, saya tidak baca hanya menyekat mereka dan padam. Kasihan kerana mereka bersungguh-sungguh menulis maki hamun.

“Mereka pasti penatkan tetapi tidak mengapa saya maafkan sebab mereka tidak tahu mereka seperti seekor lembu yang dicucuk hidung,” katanya. 

Hal ini berikutan ada seorang individu yang memberikan sokongan kepada Fiza kemudian dikutuk oleh netizen lain susulan kes perceraian anaknya dengan Bella Astillah pada 13 Jun lalu.

Dalam pada itu, Fiza masih bersyukur kerana masih ada orang tidak kurang ajar kepada keluarganya. 

“Allah ilhamkan untuk terbaca DM ‘sister‘ (wanita) ini, Allahuakhbar ramai lagi insan hebat yang mempunyai akal waras untuk berfikir dan menjaga adab. Alhamdulillah,” tambahnya.

Sumber: Kosmo