Hati-hati! 15 Peratus Rakyat Malaysia Ada Masalah Buah Pinggang Kronik

hati-hati! 15 peratus rakyat malaysia ada masalah buah pinggang kronik

Buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dalam badan. Tanpa buah pinggang yang baik tak mungkin badan dapat melakukan sistem perkumuhan dengan baik.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan bahawa satu kajian menunjukkan 15 peratus daripada rakyat Malaysa telah disahkan menghidap penyakit buang pinggang kronik pelbagai peringkat.

Beliau juga turut menyatakan kebimbangannya akan pesakit tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah tersebut.

"Ini disebabkan pesakit-pesakit ini tidak mempunyai sebarang gejala di peringkat awal dan apabila seseorang pesakit itu bergejala, seringkali mereka telahpun berada pada tahap yang lebih serius," kata Dr Noor Hisham.

Beliau menyatakan perihal ini ketika merasmikan portal www.mybuahpinggang.com . Jadi, jika anda ingin maklumat tentang penyakit buah pinggang, boleh lah lawati portal ini atau ke laman Facebook MYbuahpinggang

Sumber: BERNAMA