Perkongsian sebuah video penyanyi Shila Amzah berjaya menarik perhatian ramai selepas Shila menunjukkan mikrofon berwarna ungu yang dibelinya mempunyai nama dan logo kelab peminat.
Menerusi video tersebut, Shila berkongsi buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih menarik, harga mikrofonnya itu sama seperti harga sebuah kereta yang baharu.
“Macam inilah, mungkin boleh dapat kereta Malaysia atau lebih kurang dengan harga kenderaan terpakai buatan Jepun,” katanya.
Sumber: Awani