Haneesya Hanee Sanggup Guna Separuh Gaji Sediakan ‘Wardrobe’ Sendiri

Atas komitmen kerjaya sebagai pelakon yang tinggi, pelakon Haneesya Hanee akui sanggup menggunakan separuh gajinya hanya untuk penyediaan ‘wardrobe’.

“Separuh gaji saya memang untuk beli baju shooting sebab mommy (ibu) mahu begitu sampai saya pernah meminta jangan membazir duit ke baju tetapi dia mahu karakter yang lebih hidup.

“Sebenarnya ini untuk kepuasan diri sendiri juga sebab adakalanya baju yang disediakan tidak kena dengan cita rasa, karakter atau visi yang kita bayangkan.

“Daripada mood saya tidak baik mengenai baju yang tak sesuai, baiklah saya terus bawa baju sendiri dan fokus kepada skrip,” katanya. 

Dalam pada itu, Haneesya juga turut mendedahkan pernah diperli pasukan ‘wardrobe’ kerana menggunakan baju sendiri semasa di set penggambaran.

“Ada orang ‘wardrobe’ yang mengata cakap, sampai beli baju tetapi saya diam sahaja dan bukan jenis respons sebab yang dengar perkara tersebut mommy saya.

“Saya pun tidak pernah ‘show off’ (menunjuk-nunjuk) tetapi memang duit kebanyakannya habis ke drama,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo