Gara-Gara Tekanan Putus Cinta, Pemuda Meluru Ke Ruang Akad Nikah JAWI

Akibat putus cinta, seorang pemuda mengalami tekanan jiwa hingga menyebabkannya meluru masuk ke ruang majlis akad nikah di sebuah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

gara-gara tekanan putus cinta, pemuda meluru ke ruang akad nikah jawi

Menerusi kemas kini JAWI di Twitter, tulis mereka, “Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta.

“Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

“Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

“Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya.”

Rata-ratanya, warganet berharap agar pemuda tersebut tabah mengharungi situasi tersebut.

 

Sumber: [1]