Pengguna Boleh Dapatkan Gantian Percuma Jika Pelekat RFID Rosak

Pengguna yang mengalami kerosakan pelekat RFID boleh menerima gantian pelekat itu secara percuma, menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

pengguna boleh dapatkan gantian percuma jika pelekat rfid rosak

Untuk itu, petugas tambahan diletakkan di plaza tol bagi membantu mereka yang mengalami masalah dengan pelekat RFID mereka.

 

"Kita ada orang 'standby' (tunggu sedia) dengan peranti 'hand held' (pegang tangan), kalau RFID tidak dapat 'detect' (kesan), kita akan bantu beli satu kupon untuk pergi ke fitment (pusat pemasangan) Touch 'n Go (TnG) yang terdekat untuk 'check' (periksa) RFID. Kalau waktu itu TnG masih tidak dapat 'detect', kita akan beri RFID 'tag' yang baharu secara percuma," kata Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid.

 

Terdahulu, media melaporkan beberapa plaza tol di Lembah Klang yang sesak teruk ekoran kegagalan RFID berfungsi pada waktu puncak ketika hujan.

 

Ia menyebabkan ramai pengguna merungut, lalu PLUS mengambil tindakan penambahbaikan segera seperti menggandakan petugas di plaza tol dan meningkatkan keterlihatan papan tanda arah bagi pengenalan lorong RFID.

 

Tambahnya lagi, pengguna juga tidak perlu risau akan masalah ini kerana kaedah pembayaran tol menggunakan TnG dan Smartag masih lagi beroperasi di kebanyakan plaza tol.

 

Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti dan bergerak di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh.

 

RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan e-dompet Touch 'n Go tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

 

Sumber: [1]