Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali dengan panggilan Farid Kamil merupakan pelakon, pengarah dan penulis filem Malaysia. Beliau juga merupakan abang sulung kepada pelakon Fadzil Zahari.
Baru-baru ini, Farid Kamil telah berkongsi satu foto terkini dirinya menerusi media sosial Facebook.
Foto berkenaan memaparkan Farid sedang duduk disebuah kedai makan, namun kelihatan sisa-sisa sayur yang banyak dalam pinggannya itu dan tidak dijamahnya.
Fadzil dalam pada itu meninggalkan komen pada foto abangnya dengan berkata,
“Dah besar pun tak makan sayur,” komen beliau.
Rata-rata netizen terhibur selepas melihat komen berkenaan dan mengatakan diri mereka juga tidak makan sayur, sama seperti Farid Kamil.
Untuk info, Fadzil Zahari juga adalah suami kepada pelakon wanita terkenal, Yana Samsudin dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Terdahulu, hubungan Farid dan isterinya, Diana Danielle berakhir apabila terjadi perselisihan faham antara kedua pihak, menyebabkan mereka secara sah berpisah pada Mac 2023.
Sumber: Facebook Farid Kamil
Foto: Portal murai