Pelakon, Nur Fazura tidak menolak andai dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua, bersama pasangannya, Fattah Amin.
Fazura, 40, berkata anaknya Nur Fatimah Aisya juga nampak inginkan teman untuk bermain.
"Sebenarnya soalan zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak dan saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.
"Saya pun kasihan melihat Fatimah yang seorang diri (tanpa adik beradik). Kalau di rumah, dia selalu juga luahkan hasrat nak ke rumah sepupu untuk bermain.
"Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua. Kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tak boleh komen. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kami tak tolak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fazura telah dipilih untuk menjadi juri tetap dalam program realiti inovasi terbaharu, kerjasama Astro dan MOSTI iaitu Innovathon.
Baca: Pertandingan Realiti Berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi, Astro dan MOSTI Lancar ‘INNOVATHON’
Sumber: HMetro