Fazura Mohon Cerai Secara Baik Daripada Fattah Amin

Pelakon Nur Fazura telah memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya Fattah Amin. 

Permohonan yang difailkan olehnya itu telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Jumaat lalu.

Menurut sumber, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam pada itu, tarikh sebutan bagi permohonan cerai secara baik itu masih belum ditetapkan.

Pada ketika ini juga, tidak dapat dipastikan sama ada Fattah telah melantik peguam syarie untuk mewakili dirinya dalam permohonan cerai itu.

Sumber: Kosmo