Fazura, Fattah Amin Sah Cerai Talak Satu

Perkahwinan selama tujuh tahun pasangan selebriti , Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai selepas mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. 

Fattah telah melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan kes perceraian susulan menerima cadangan baharu daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.

 

Sumber: Harian Metro