“Alhamdulillah, Saya Sendiri Tak Sangka Terima Banyak Tawaran, Ini Rezeki” - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin akui tidak menyangka akan menerima rezeki yang melimpah ruah sehingga hampir tidak menang tangan. 

 

“Ini rezeki, Alhamdulillah. Saya sendiri tidak sangka apabila rezeki sangat murah sekarang dan paling patut buat ialah memanjatkan rasa syukur pada Allah.

 

“Terima kasih untuk semua doa, sokongan dan rezeki yang diberikan, saya sangat bersyukur.

 

“Rezeki yang diberi ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik dan tak mahu kecewakan pihak yang sudah beri kepercayaan kepada saya,” katanya. 

 

Walaupun begitu, Fattah berkongsi dia amat mementingkan beberapa perkara termasuk tidak mempromosikan jenis produk yang sama.

 

“Saya tidaklah terima semua tawaran dan akan teliti terlebih dahulu jenama, produk dan komitmen yang diminta.

 

“Saya cuba elak mengambil produk yang lebih kurang sama kerana tidak mahu timbul masalah kelak.

 

“Pihak pengurusan juga membantu dan sangat selektif tentang pemilihan produk sebelum bersetuju ambil,” tambahnya. .

 

Sumber: Kosmo