“Saya Penat Dilabel Sebagai Orang Sakit,” Fatiya Latiff Mahu Orang Ramai Move On

Pelakon, Fatiya Latiff akui sudah penat dan bosan dengan dakwaan ramai pihak yang menganggap dirinya tidak sihat, susulan dilihat kerap muncul dengan kenyataan berbaur provokasi dan berkelakuan aneh di media sosial miliknya.

“saya penat dilabel sebagai orang sakit,” fatiya latiff mahu orang ramai move on

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fathia Latiff, 37, meskipun berdepan dengan kecaman, beliau sama sekali tidak terkesan malah turut mempertahankan semua tindakan yang dilakukan itu adalah pilihannya sendiri.

 

“Kepada peminat, keluarga dan ‘homophobiens’, saya penat dilabel sebagai orang sakit sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Saya boleh mengambil tindakan dengan segala tuduhan tersebut tetapi tidak akan melakukannya sebab ada banyak lagi perkara lebih baik perlu dilunaskan. Perkara itu juga tidak meninggalkan kesan terhadap diri saya.

“Keluarga saya perlu menanggung malu dengan semua yang terjadi tetapi saya tetap akan melakukan apa sahaja kerana ini kehidupan dan pilihan saya. Buruk atau jahat, tiada kena mengena dengan anda semua!” katanya.

“saya penat dilabel sebagai orang sakit,” fatiya latiff mahu orang ramai move on

Malah, Fatiya turut berkata banyak kebencian dan perkara negatif yang ditaburkan kepadanya adalah dari mereka yang berada di negara kelahirannya sendiri.

 

“Saya tidak bertanggungjawab untuk memberi penjelasan, mengemukakan bukti atau memberitahu sesiapa tentang setiap perkara yang ingin dimuat naik dalam media sosial.

“Terlalu ramai individu berfikiran negatif yang melemparkan fitnah terhadap diri saya.

“Berhenti menyalahkan orang dan lihat pada diri sendiri dan keluarga anda dahulu.

“Kalau boleh mahu menulis lebih banyak tetapi saya tak mahu buang masa. Cukuplah semua,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Fatiya turut berkata segelintir masyarakat Melayu masih mengamalkan sikap cemburu dan berfikiran buruk terhadap orang lain.

 

“Orang melayu ini suka dengki, fikir bukan-bukan dan rasa diri sentiasa betul. Itu yang ayah saya selalu cakap.

“Perkara itu sangat menyedihkan dan memalukan tambahan pula saya mempunyai pengikut dari seluruh dunia termasuk Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan Kanada. Semoga Tuhan melindungi kita semua,” katanya lagi.

“saya penat dilabel sebagai orang sakit,” fatiya latiff mahu orang ramai move on

Terdahulu, nama Fatiya Latiff menjadi sebutan ramai gara-gara membuat kenyataan berbaur provokasi terhadap beberapa selebriti seperti Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza dan Zarina Anjoilie.

 

Sumber: Instagram