Pelakon, Fatin Afeefa seolah-olah memberi gambaran bahawa dirinya pernah hidup bersama seseorang hingga terpaksa pula menanggung lelaki itu.
Ujar Fatin, dia sudah penat untuk hidup seperti itu dan kini berharap agar dirinya pula ditanggung seseorang yang lebih bertanggungjawab.
“Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.
“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang,” katanya.
Tidak dapat disahkan siapakah gerangan yang dimaksudkan Fatin Afeefa itu namun yang pasti bukanlah suaminya kini iaitu Aliff Awang.
Fatin juga bersyukur kerana dipertemukan dengan Aliff yang sentiasa menjaga keperluan dirinya sebagai seorang isteri.
“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja,” katanya dalam satu hantaran di Tiktok.
Terdahulu, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shaz pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata. Bagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan lama dan disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.
Selepas beberapa tahun, Fatin Afeefa mengejutkan ramai apabila bernikah dengan seorang usahawan, Aliff Awang dalam satu acara tertutup pada 30 Disember 2022.
Sumber: Tiktok