Tak Banyak Effort Nak Mengurat, Aliff Kata Fatin Afeefa Pikatnya Dulu

Beberapa minggu lalu, pelakon Fatin Afeefa mengumumkan telahpun bernikah bersama seorang usahawan terkenal iaitu Aliff Awang.

tak banyak effort nak mengurat, aliff kata fatin afeefa pikatnya dulu

Sejak dari itu, pasangan ini dilihat sering bersama dan berkongsi perkembangan mereka menerusi media sosial.

 

Terbaharu, Aliff Awang menjadi bualan hangat apabila beliau mendedahkan tidak meletakkan kesungguhan untuk mengurat pelakon wanita itu.

 

Kata Aliff, sebenarnya Fatin yang memulakan langkah untuk memikatnya.

 

"Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian sepenuhnya daripada saya. Bahagian itu yang sebenarnya agak sukar. Jadi, masa saya nak mengurat dan mendekati Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin sebenarnya.

"Kalau korang jadi lelaki yang dominan, 'alpha male' atau lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik. Kalau anda di luar sana menjadi lelaki sejati, nak mengurat perempuan mudah sebenarnya," katanya di media sosial.

 

@anynimoussss Lain mcm suami baru #fatinafeefa ni..haisss #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #trending #viral #fypdongggggggg ♬ original sound - nescafe_iCe

 

Jawapan yang diberikan Aliff itu nyata telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, khasnya kaum wanita. Malah, ada yang beranggapan kata-katanya itu sebagai agak keterlaluan.

 

Terdahulu, Fatin Afeefa dan Aliff Awang telah selamat bernikah dalam satu majlis tertutup pada 30 Disember lalu.

 

Sumber: Tiktok