Pelakon, Diana Danielle mendedahkan suaminya, Farid Kamil sudah empat bulan tidak membayar nafkah.
Menurut Diana, 32, sepanjang perkahwinan bersama Farid, sudah menjadi kebiasaan dirinya mengeluarkan wang untuk sebarang urusan.
“Bulan ini dah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Urusan ke Mekah, saya bayar untuk semua empat beranak.
“Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik,” katanya.
Malah ujar Diana lagi, Farid pernah berjanji untuk membayar balik perbelanjaan mengerjakan umrah itu namun hingga ke hari ini, janji hanya tinggal janji.
“Tapi, dia sendiri cakap, dia akan cover (bayar) balik perbelanjaan penerbangan dan hotel (khasnya dia) di Mekah.
“Malangnya, sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. Dia boleh beli kereta baharu, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang itu), dan apa-apa lagilah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.
Terdahulu, Diana telah memfailkan permohonan penceraian bersama suaminya itu atas alasan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan tidak lagi dapat hidup sebagai suami isteri. Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai dan proses dibawa kepada Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sumber: Instagram