“Saya Cuba Elak Baca Komen Negatif, Tiada Masa Nak Fikir Tentang Label ‘Janda Hot’ Atau Tak” - Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong akui hubungan dengan bekas suami masih baik dan tidak mahu mengulas sama ada dirinya sudah mempunyai pengganti atau belum. 

 

“Kalau fasal peribadi memang saya takkan cerita apa-apa. Saya takkan kongsi kepada umum.

 

“Kehidupan setakat ini okey. Alhamdulillah,  tiada perbezaan sangat pun. Anak-anak tiada masalah dan hubungan dengan bekas suami pun tiada konflik,” katanya. 

 

Selain dari itu, Emma juga turut menyedari komen netizen yang melabel dirinya sebagai ‘janda hot’ ketika ini namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan hal tersebut demi kesihatan mentalnya. 

 

“Tiada masa nak fikir tentang label ‘janda hot’ atau tidak. Kalau nampak nama muncul dalam media sosial, saya langkau supaya tak beri kesan kepada kesihatan mental.

 

“Saya elak baca komen negatif selain sedar dalam dunia ini tak semua orang suka kita.

 

“Jadi, tiada guna nak cakap lebih. Sudah tentu bagi yang berkahwin kita mahu penamat membahagiakan dan tiada sesiapa mahukan pergaduhan atau perpisahan,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo