Elizabeth Tan Mengaku Hilang Keyakinan Diri Akibat Penyakit Alopecia

Penyanyi Elizabeth Tan baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya sudah lama menghidap penyakit ‘autoimun’ seperti ‘Alopecia Areata’ tetapi dia memilih untuk merahsiakan daripada peminatnya. 

Daripada penyakit itu, ia telah mengakibatkan Elizabeth Tan kini mempunyai masalah kulit. Selain itu, penyanyi itu juga mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal sejak 2018 lagi. 

Hal ini sebenarnya telah membuatkan Elizabeth Tan kurang berkeyakinan dengan diri sendiri. 

“Saya alami ‘autoimun’ sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.

“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami Alopecia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar” Kongsi Elizabeth Tan. 

Lebih menyedihkan, penyakit yang dialaminya itu tidak dapar disembuhkan dan ini sudah 12 kali penyakit itu datang menyerang dirinya. Kini,  dia hanya mampu bergantung dengan ubat sapuan steroid.

“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu daripada merebak. 

“Sehingga kini, sudah 12 kali Alopecia terjadi. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan. Penyakit yang tiada penawar ini boleh menyebabkan saya hilang bulu kening dan bulu mata”, tambahnya lagi. 

Sumber: Media Hiburan