Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, 51, berkata elaun barangan alat solek untuk anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dinaikkan daripada RM100 kepada RM250 seminggu.
“Kesiannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okay, mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah. Kasihan,” demikian menurut Che Ta dalam satu video dikongsinya menerusi Tiktok.
Menerusi video itu, Aaisyah, 10, dilihat cukup gembira dengan apa yang diperkatakan ibunya kerana dia dapat membeli beberapa alat solek yang diinginkan yang keseluruhannya berharga RM174.
“Thank you (terima kasih), mommy. I love you (saya sayang awak),” ucap Aaisyah pada ibunya.
Gelagat dua beranak itu nyata menarik perhatian ramai warganet, khasnya pengikut Che Ta dan Aaisyah, malah ada yang menyifatkan Aaisyah sebagai kanak-kanak yang bertuah memiliki ibu yang supportive.
Untuk info, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan pelakon, Zain Saidin, selepas pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 11 Disember 2013.
Sumber: Tiktok