Ejen Ali Bahagian 2 Musim Ketiga Bakal Kembali Tak Lama Lagi!

Good news geng! Bahagian dua daripada musim ketiga siri animasi Malaysia yang digemari ramai, Ejen Ali, bakal dikeluarkan pada Disember tahun ini menerusi Disney+ Hotstar.

ejen ali bahagian 2 musim ketiga bakal kembali tak lama lagi!

Terdahulu, bahagian satu daripada musim ketiga siri animasi tersebut telah dikeluarkan pada 25 Jun 2022 serta ditayangkan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Dihasilkan bersama oleh Disney+ Hotstar, Primeworks Studios dan WAU Animation, Ejen Ali ialah francais animasi berkualiti tinggi yang telah merangkul pelbagai anugerah.

Bahagian Satu Ejen Ali Musim 3 akan berakhir dengan episod 7 yang ditayangkan pada 6 Ogos 2022 sebelum diteruskan dengan Bahagian Dua pada Disember 2022, secara eksklusif di Disney+ Hotstar. 

Semua episod Ejen Ali Musim 1 dan 2, Ejen Ali the Movie, serta filem pendek Ejen Ali: Misi Juang kini boleh didapati di Disney+ Hotstar.

ARTIKEL BERKAITAN