KREDIT ALI RUSTAM CLUB
Bagai sirih pulang ke gagang. Itu perumpamaan tepat boleh diberikan kepada Tan Sri Mohd. Ali Mohd. Rustam apabila beliau secara rasmi dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Ia sekaligus menyaksikan Melaka akhirnya dinaungi oleh anak jati negeri itu selepas 63 tahun atau lebih tepat lagi sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
KREDIT BERNAMA
Pengurniaan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdi Istana Negara.
Selesai istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.
KREDIT KERAJAAN NEGERI MELAKA
Untuk rekod, enam individu pernah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka sebelum ini namun tidak ada seorang pun daripada mereka merupakan anak jati negeri berkenaan.
Masing-masing berasal dari Pahang, Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan malah TYT Melaka yang pertama dari Perak juga berbangsa China iaitu Tun Leong Yew Koh.
Pada usia 70 tahun, anak jati kelahiran Bukit Katil ini menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang memegang jawatan itu selama empat penggal sejak 2004.
Dengan pengalaman luas yang dimiliki selaku Ketua Menteri dari 1999 hingga 2013, diharapkan negeri Melaka terus aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Oleh: Shah Rahimin