Dari Dewi Remaja ke Heroin Filem Aksi yang Bakal Mencetus Fenomena

Mengenali Fify Azmi, finalis Dewi Remaja yang juga pemegang gelaran Dewi Persahabatan 2014/15, pasti ramai yang terbayangkan seorang gadis feminin, lemah lembut dan berperwatakan sopan. Namun siapa sangka, Fify Azmi kini memegang watak utama dalam filem Wira yang memerlukan beliau melakonkan watak Zain, seorang gadis lasak yang hebat berlawan.

Dewi Remaja 2014/2015

'Menggalas watak utama, bukanlah hanya seindah nama' -Fify Azmi

Pertama kali ditawarkan watak utama dalam filem, Fify menerusi entri di instagramnya menyebut berlakon sambil berlawan bukanlah satu perkara yang mudah. Sepanjang proses penggambaran, Fify perlu menjalani latihan 'fighting and choreography' setiap kali beliau tidak terlibat dengan penggambaran.

Fify juga mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan yang mengakibatkan kepala beliau tersembam ke lantai sewaktu menjalani latihan bersama pelakon dari Indonesia, Ismee.

Fify mengakui banyak ilmu yang dipelajari sepanjang waktu penggambaran, Fify juga memberitahu cabaran beliau sebagai seorang pelakon bukan hanya dari segi babak berlawan, melakonkan karakter dengan baik juga dilihat sebagai satu lagi cabaran.

Digandingkan bersama Hairul Azreen, filem Wira juga dibantu Josiah Hogan, Dain Said, Dato' Hilal Azmi dan Yayan choreographer hebat dari negara seberang. Filem ini yang masih di dalam proses penggambaran dijangkakan akan siap ditayangkan pada tahun ini.

Karya hebat arahan Adrean Tan ini, menggandingkan bersama Hairul Azreen, juga dibantu oleh Josiah Hogan, Dain Said, Dato' Hilal Azmi dan Yayan choregrapher hebat dari negara seberang. Filem ini yang masih di dalam proses penggambaran dijangkakan akan siap ditayangkan pada tahun ini.

Mengakui banyak ilmu yang dipelajari sepanjang waktu penggambaran, Fify juga memberitahu menggalas watak utama bukan hanya seindah nama. Malah bagaimana cara untuk menzahirkan kepada penonton nanti. Beliau juga bersyukur dikelilingi orang-orang hebat yang tak kedekut untuk mencurahkan ilmu.

Oleh: Khalie Azmi