Dah Boleh Makan Dan Minum Dalam Stadium? Bestnya!

Bermula esok, Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik.

.

Banyak kelonggaran diberikan dalam usaha untuk kita kembali ke kehidupan sebelum wujudnya Covid-19.

.

Antaranya, sempadan negara dibuka, kedai mamak buka 24 jam, dah boleh rapatkan saf di masjid dan dah boleh makan di stadium!

dah boleh makan dan minum dalam stadium? bestnya!

Menteri Belia dan Sukan cakap, kanak-kanak bawah 12 tahun pun boleh join tengok bola sama-sama kat stadium nanti.

.

Sebelum ni agak kurang best sikit tengok bola tak boleh nak makan dan minum, tekak pun kering jee nak bersorak kuat-kuat kann hehe.

dah boleh makan dan minum dalam stadium? bestnya!

Tapi, walaupun kelonggaran dah diberikan nanti, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal masih kekal tau!

.

Sesiapa yang tak sihat atau bergejala, jangan la datang stadium pulak, duduk je di rumah dan tunggu sampai dah betul-betul sihat baru join, okay.

.

Bab ni kita kena sama-sama jaga supaya Covid-19 tak menjangkiti orang lain.

.

Kalau nak tahu SOP lanjut, kena tunggu pengumuman daripada MKN, okay!

 

Oleh Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN