COVID-19: Kes Positif Baharu Terus Berada Bawah 50 Kes Dan Satu Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: kes positif baharu terus berada bawah 50 kes dan satu kematian baharu dilaporkan

Sekitar jam 4.30 petang tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengemaskini status COVID-19 di negara kita. Buat masa ini, kes positif baharu masih lagi bawah 50 kes.

Sehingga jam 12 tengah hari, 40 kes baharu telah dilaporkan. Secara kumulatifnya, kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,820.

Bagaimanapun, KKM telah berjaya menyelsaikan 95 kes lagi dalam masa sehari. Maka, jumlah kes sembuh di Malaysia menghampiri 4000 kes iaitu dengan 3,957 kes. Sehubungan dengan itu, kes masih aktif dan dirawat adalah sebanyak 1,764 kes. Daripada jumlah itu 37 kes ditempat di ICU dan 17 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Dalam perkembangan yang lain, jumlah kematian pula menghampiri angka 100. Satu kematian baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam dan menjadikan kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 99 kes.

Walauapa pun, terima kasih buat semua petugas KKM, barisan hadapan dan semua yang telah menyumbang bakti untuk melawan penyakit ini. Kita pasti menang!

Sumber: KKM