COVID-19: Lelaki Tarik Perhatian Pakai Alat Pernafasan Buatan Sendiri

Kelibat seorang lelaki mengenakan alat pernafasan buatan sendiri ketika sedang menunggu giliran untuk divaksin menarik perhatian orang ramai sehinggakan tular di media sosial sejak petang semalam.

covid-19: lelaki tarik perhatian pakai alat pernafasan buatan sendiri

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PKV) di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LDA).

Dalam satu video yang tular, lelaki tersebut terlihat mengenakan alat ‘pelik’ itu, dipercayai dirakamkan awal minggu ini.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail, lelaki terbabit disahkan hadir di PPV sekitar dua hari lepas untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika sambil memakai peralatan tersebut.

“Dia didapati berpakaian biasa dan lengkap dengan pelitup muka sewaktu tiba di kaunter pendaftaran dan menerima suntikan vaksin.

“Namun, lelaki itu dipercayai mengeluarkan peralatan dari beg yang dibawa sebelum memakainya pada muka dan kepalanya ketika berada di sesi pemantauan,” ujar Dr Mansor.

Tambah beliau lagi, lelaki yang menjadi subjek perbualan orang ramai itu difahamkan tidak mengalami sebarang penyakit yang berkait dengan pernafasan berdasarkan pengakuan yang diberikan olehnya terhadap petugas kesihatan di pusat terbabit.

Biarpun begitu, tujuan sebenar di sebalik kelakuan ‘aneh’ lelaki tersebut tidak jelas puncanya mengapa.

 

Sumber: [1]