Dibandingkan Dengan Khairul Aming, Chef Wan Percaya Pengalaman Dan Kerjaya Masing-Masing

Chef selebriti Datuk Chef Wan akui kurang senang selepas ada beberapa pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh Khairul Aming.

Menurutnya, perbandingan tersebut adalah sia-sia dan tidak sewajarnya dilakukan kerana mereka memiliki latar belakang yang berbeza.

“Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing

“Apatah lagi untuk menghabiskan semua masa yang positif dan berharga untuk menghasut orang lain untuk mengumpat dan mengata di media sosial.

“Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza?” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 

Dalam pada itu, Chef Wan juga akui tidak terkesan jika sumbangannya tidak dihargai oleh orang ramai. 

“Ingat, kita semua ada momen sendiri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.

“Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya. Selepas lalui perjalanan yang sangat panjang, mencabar dan memenatkan.

“Jika orang berjaya pun kita mesti iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka. Dia juga menjadi sumber inspirasi kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia berbangga. Alhamdulillah,” tambahnya.

 

Sumber: Awani