“Aneh Juga Bila Ramai Sebut Saya Buat Piza Wagyu,” - Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan berkata beliau lebih pandai membuat masakan sambal berbanding dengan piza daging wagyu, seperti yang disebut warganet.

“aneh juga bila ramai sebut saya buat piza wagyu,” - cakra khan

Ini adalah kerana, beliau berasa pelik apabila namanya sering disebut mirip wajah seorang pembuat piza daging wagyu, yang juga merupakan seorang influencer tempatan.

“aneh juga bila ramai sebut saya buat piza wagyu,” - cakra khan

“Tidak pandai masak piza tetapi aneh juga apabila ramai menyebut saya adalah pembuat piza wagyu dalam ruangan komen ‘posting’ Instagram.

“Bukan piza tapi saya buat sambal,” kata Cakra Khan.

 

Untuk info, Cakra Khan bakal mengadakan konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Februari tahun depan.

“aneh juga bila ramai sebut saya buat piza wagyu,” - cakra khan

Konsertnya itu nanti juga akan diiringi 32 pemuzik orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS.

 

“Konsert kali ini berbeza dengan yang terdahulu kerana saya juga akan persembahkan lagu-lagi daripada album baharu.

“Dulu saya selalu mengimpikan untuk menganjurkan konsert dengan orkestra sebab rasanya akan lebih hidup dan muziknya kedengaran sangat indah. Kini impian itu bakal tercapai pada konsert itu,” ujarnya lagi.

 

Sumber: HIB Glam