2021 mungkin bermula dengan rasa dejavu, tetap kini ada sesuatu yang baharu untuk anda dan deria rasa anda! KFC Malaysia telah memperluaskan penawaran makanannya dengan pelancaran KFC Zero Chicken Burger - burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.
Tawaran waktu terhad ini dilancarkan khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang mengingini variasi baharu dalam pilihan makanan mereka. Berkolaborasi dengan jenama pengganti daging Quorn, KFC Zero Chicken Burger menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol,
KFC Zero Chicken Burger padat dengan kepuasan Original Recipe 100% dalam setiap gigitan. Patty tanpa daging disalut sepenuhnya dengan adunan 11 herba dan rempah rahsia KFC dan digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.
Walaupun produk ini khusus buat peminat KFC untuk menikmati burger lazat KFC tetapi tanpa ayam, namun ianya bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana ianya disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.
“Beberapa tahun kebelakangan ini, protein tanpa daging telah mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan sumber protein alternatif. Disinilah bermulanya ciptaan konsep ‘Tanpa Ayam’ – burger yang rasa seperti ayam tetapi tiada ayam, namun sememangnya rasa lazat KFC yang memuaskan!
“Kami amat teruja untuk rakyat Malaysia merasai KFC Zero Chicken Burger ini sendiri untuk mempercayainya!” kata Evelyn Ng, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia.
KFC sentiasa berusaha untuk membawakan anda trend makanan terbaharu yang selamat-untuk-dimakan, segar disediakan, dan enak. Oleh sebab itu, kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan. KFC juga sentiasa konsisten dalam memastikan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi selaras dengan garis panduan dan SOP yang ditetapkan kerajaan. Jadi, dapatkan KFC Zero Chicken Burger tanpa risau melalui beberapa saluran tanpa sentuh seperti Bawa Pulang, Self Collect, Pandu Ambil, Pandu Lalu, dan Penghantaran.
Boleh didapati secara rasminya bermula esok, 9 Feb untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada di seluruh restoran KFC di Malaysia. Nikmatinya A la carte atau dengan Kombo Crispier Fries dan minuman, bermula RM12.99 sahaja. Anda cuma perlu buat pesanan atas talian di www.KFC.com.my atau aplikasi mobil KFC Malaysia.