Pelakon Fazura akui kini kehidupannya lebih tenang selepas sudah lebih sebulan sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin.
“Bukan nak riak, tapi saya lebih tenang sekarang.”
Menurut Fazura, kini dia ingin mengambil pendekatan untuk menyerahkan segala urusan kepada yang Maha Esa biarpun berhadapan dengan detik-detik sukar dalam hidupnya.
“Sejujurnya saya lebih tenang dan lebih bahagia. Alhamdulillah. Saya serahkan segalanya kepada Allah swt. Apa yang orang nak kata itu urusan mereka. Urusan saya, di antara saya dengan Allah swt. Itu sahaja. Saya okey. Saya tenang. Alhamdulillah,” katanya.
Sumber: Kosmo