Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan fenomena air pasang besar sebagai pesta untuk bersuka ria bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dari berlaku.
Malapetaka atau bala boleh berlaku meskipun aktiviti itu dianggap sekadar hiburan atau riadah lebih-lebih lagi ketika musim air pasang besar yang sedang terjadi ketika ini.
"Masyarakat kita beranggapan banjir (termasuk air pasang) itu bukan bencana kerana keghairahan untuk bermain air. Kita (masyarakat) seharusnya peka dengan keadaan sekeliling kerana apa yang pasti kita sebagai penduduk di kawasan itu lebih tahu keadaan sekeliling.
"Sebagai contoh, kita tinggal di suatu kawasan penempatan, kita tahu apa risiko yang ada sekiranya terjadi bencana, jadi elak berbuat demikian," kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Tambahnya lagi, pihak Bomba tidak boleh melarang mana-mana individu daripada melakukan sebarang aktiviti ketika musim ini, namun apa yang pasti nasihat boleh diberikan dan perlu dicegah sebelum terlambat.
Sumber: [1]