Bersempena Hari Lahir Yang Ke-57, Ini Hadiah Yang Dipinta Oleh Pengarah Kesihatan

bersempena hari lahir yang ke-57, ini hadiah yang dipinta oleh pengarah kesihatan

Hari ini, 21 April merupakan hari lahir kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Kalau diikutkan, ini merupakan sambutan ulang tahunnya yang ke-57.

Melalui satu video yang ditweet oleh BERNAMA, Dr Hisham mahukan hadiah daripada seluruh rakyat Malaysia.

Alah, perminataannya tak susah pun. Beliau mahukan seluruh rakyat Malaysia terus berada di dalam rumah dan menjaga kebersihan sebaik mungkin. Haaa mudah kan?

Jom lah kita berikan hadiah dan tunaikan permintaan ini. Lagipun, Dr Hisham telah banyak membantu kita semua dalam menghadapi situasi getir sepanjang penularan wabak COVID-19. Jadi, apa salahnya kita tunaikan perminataan beliau yang mudah tu kan?

 

 

Sedikit trivia mengenai Dr Noor Hisham Abdullah:

Telah dilahirkan pada 21 April 1963 di Sepang, Selangor. Beliau mendapat ijazah dan master kedoktorn dari UKM pada tahun 1988 dan 1994. Beliau juga pernah menyertai Program Pengurusan di Oxford Business School pada tahun 2008.

Baru-baru ini beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang doktor terbaik dunia dalam berhadapan dengan COVID-19. Pengiktirafan itu telah diberikan oleh stesen tv Global TV Network yang berpangkalan di China.

Selamat Hari Lahir, Datuk Dr Noor Hisham. Terima kasih untuk segala tenaga bakti yang dicurahkan.

ARTIKEL BERKAITAN