Hael Husaini Akui Masih Sihat Walau Berat Badan Hanya 30 Kilogram

Penyanyi dan juga komposer, Hael Husaini mengakui dirinya tetap dalam keadaan sihat meskipun tubuhnya kini semakin kurus.

hael husaini akui masih sihat walau berat badan hanya 30 kilogram

Menurut pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 34, meskipun dalam keadaan kurus namun dia akui dirinya sihat sahaja, walaupun berat badannya kini juga hanya kira-kira tiga kampit beras (sekitar 30 kilogram).

 

"Berat saya sekarang berapa kilogram, rasanya tiga kampit beras ni (kira-kira 30 kilogram). Tapi, berbanding berat dulu dan sekarang, ia lebih kurang saja.

"Saya nampak kurus, sebenarnya banyak benda yang kena 'cut' (potong). Sebabnya, dalam masa saya nak sembuh kerana kurang sihat banyak benda yang kena jaga dari segi kesihatan dan pemakanan," katanya.

hael husaini akui masih sihat walau berat badan hanya 30 kilogram

Ia susulan daripada kebimbangan ramai selepas penyanyi itu membatalkan konsertnya di Kuala Lumpur pada 19 Februari lalu meskipun persiapan sudah dibuat sebanyak 70 peratus.

 

Menurut Hael lagi, beliau dinasihatkan doktor untuk berehat dan tidak terbabit dengan apa-apa konsert buat masa ini demi menjaga kesihatannya.

 

Malah disebabkan terlalu kurus, ada peminat yang mendakwa wajah terbaru Hael kini mirip bagaikan mendiang Michael Jackson.

 

Sumber: HMetro