Bayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia Bermula 28 Mac Ini

Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula dibuat secara berperingkat mulai 28 Mac ini.

bayaran fasa 1 bantuan keluarga malaysia bermula 28 mac ini

Menurut Perdana Menteri, pembayaran itu akan melibatkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan sebanyak hampir RM2 bilion, dengan penerima BKM akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan mereka.

 

Golongan penerima BKM adalah merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang atau tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.

 

Katanya lagi, pembayaran itu sekaligus dapat meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan tahun ini.

bayaran fasa 1 bantuan keluarga malaysia bermula 28 mac ini

Mereka yang tidak layak untuk BKM kali ini juga boleh membuat permohonan rayuan yang akan dibuka 2 Mei depan untuk tempoh sebulan.

 

Pembayaran BKM fasa 1 ini akan mula dikreditkan ke akaun bank mereka yang layak bermula 28 Mac hingga 8 April depan. Mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula akan menerima bantuan itu pada 30 Mac menerusi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).


Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN