Baru-baru ini, kecoh di media sosial video yang menunjukkan anak perempuan kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman, bermandi manda bersama rakannya dengan penampilan yang agak seksi.
Video yang dikongsikan sendiri oleh Kasih Iris Leona, 21, menerusi akaun Tiktoknya, bagaimanapun telah mengundang kecaman ramai pihak, namun akhirnya telahpun dipadam dari akaun tersebut.
Ekoran daripada itu, Azhar Sulaiman, 51, tampil memberikan pendapatnya sendiri sambil meluahkan rasa syukur dan lega kerana anaknya telah memadamkan video tersebut.
“Saya tak sempat tengok video. Tapi saya syukur sangat Leona dah padam video itu dan tidak memanjangkan lagi perkara ini.
“Seperti ibu bapa lain, kami berhadap yang terbaik untuk anak-anak. Saya harap Leona akan belajar perkara ini segera,” ujar beliau.
Dalam video berbeza, Azhar turut memberikan satu ‘rahsia’ bagaimana beliau masih bertahan dalam industri ini iaitu dengan menjadi bijak dan tidak sewenangnya berkongsi perkara yang mengaibkan diri di media sosial.
“First of all you kena jadi bijaklah. You kan ada member most of the people yang followers are Melayu dan Muslim. So be sensitive.
“Secondly be smart macam daddy. Pergi Changkat ke, berjimba ke private party ke, I don’t share on social media,” ujarnya dalam satu video Tiktok ditujukan khas kepada anaknya, Leona.
Terdahulu, Leona menjadi mangsa kecaman selepas memakai pakaian seksi menampakkan tubuh badannya dalam satu video mandi sungai bersama rakan-rakannya di luar negara.
Video tersebut bagaimanapun telah dipadam dari akaun Tiktoknya, @leonsmeonss.