Ayuh Malaysia, Teruskan Perjuangan Di Sukan Olimpik Tokyo 2020!

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Setakat ini Malaysia telah meraih 1 pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020! Pingat tersebut disumbangkan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerusi acara badminton. Ia sekaligus menyaksikan skuad badminton terus menjadi penyumbang utama pingat kepada kontinjen negara sejak Olimpik Beijing 2008.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Biarpun tidak dapat menyamai pencapaian di Rio pada 2016 apabila skuad badminton meraih 3 perak, ia pastinya memberi harapan tinggi kepada mereka pada masa akan datang. Ini kerana ia merupakan penampilan pertama Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada temasya sukan terbesar di dunia itu. Lebih manis, mereka menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan untuk meraih gangsa.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Selain mereka, perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia juga membuat penampilan pertamanya. Selepas menjuarai kejohanan All England Mac lalu, Zii Jia tersingkir pada pusingan 16 terbaik kepada pemenang pingat emas Rio, Chen Long daripada China. Pastinya pengalaman yang diperoleh akan membantu mereka pada kejohanan akan datang.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Kontinjen negara masih berpeluang untuk menambah kutipan pingat pada temasya di Tokyo ini. Biarpun kebanyakan atlet telah pun menamatkan saingan, masih berbaki 5 atlet yang akan meneruskan perjuangan di negara matahari terbit itu. Kelly Tan merupakan salah satu atlet yang akan beraksi nanti dalam acara golf wanita. Namun Kelly dijangka berdepan tugas sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok 3 terbaik acara berkenaan.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Sasaran meraih 3 pingat termasuk 1 emas masih boleh direalisasikan kontinjen Malaysia. Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang pasti menjadi sandaran untuk meraih pingat dalam acara pecut individu dan keirin menerusi acara berbasikal trek. ‘The Pocket Rocketman’ itu juga tekad untuk meraih emas sekaligus memperbaiki pencapaiannya pada Olimpik Rio apabila dia meraih gangsa. Datuk Azizulhasni diiringi rakan senegara, Shah Firdaus Sahrom yang akan turut beraksi dalam kedua-dua acara dan dijangka mampu menjelmakan kilauan pingat.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Satu lagi acara yang diletakkan sasaran untuk meraih pingat mesti lah acara terjun. Malaysia hampir meraih pingat gangsa kedua menerusi acara 3 meter papan anjal individu wanita. Namun nasib tidak menyebelahi Nur Dhabitah Sabri yang dipintas pada terjunan terakhir oleh atlet Amerika Syarikat untuk menduduki tempat ke-4. Sebelum itu, gandingan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee pula menamatkan acara 10 meter platform seirama wanita di tempat ke-8.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Tapi, perjuangan skuad terjun negara masih belum berakhir. Ini kerana Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan mengambil bahagian dalam acara 10 meter platform individu wanita. Ratu terjun, Pandelela pasti ingin menambah koleksi pingatnya selepas meraih gangsa dan perak pada temasya 2012 di London serta 2016 di Rio.

ayuh malaysia, teruskan perjuangan di sukan olimpik tokyo 2020!

Jun Hoong juga turut miliki peluang untuk meraih pingat. Atlet kelahiran Perak itu meraih perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita bersama Pandelela di Rio. Selain itu, Jun Hoong juga pernah bergelar juara dunia pada 2017 apabila meraih emas pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest.

 

Sekarang mesti korang yakin Malaysia masih ada peluang untuk tambah kutipan pingat kan? Kalau macam tu terus memberi sokongan kepada atlet kita dengan #SokongMalaysia dan #GanbatteMalaysia. Korang juga boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam HD dan 4K UHD di Astro!

 

Oleh Karami Kamel