Wikipedia Tulis Atu Zero Pernah Nyanyi Dengan BTS, BLACKPINK. Ini Respon Tuan Badan

Pelawak, Atu Zero baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet selepas tangkap layar Wikipedia menerangkan kisah berbeza mengenai profil dirinya.

wikipedia tulis atu zero pernah nyanyi dengan bts, blackpink. ini respon tuan badan

Mana tidaknya, dalam Wikipedia itu Atu Zero dikatakan pernah menyanyi dan membuat persembahan dengan ramai penyanyi antarabangsa seperti BTS, BLACKPINK dan Ricky Martin.

wikipedia tulis atu zero pernah nyanyi dengan bts, blackpink. ini respon tuan badan

Menurut pemilik nama sebenar Sharif Kunal Doli Sharif, beliau tidak ambil hati dan merasakan tindakan suntingan ‘nakal’ netizen itu sebagai satu yang kelakar.

 

"Nanti saya muat naik gambar saya dengan BTS dan BLACKPINK.

"Bagi saya benda itu menghiburkan. Selagi perkara itu bukan sesuatu yang negatif dan mengaibkan, saya okey.

"Bila saya tengok ada penambahan nama artis seperti BLACKPINK dan BTS, alhamdulillah saya diangkat pula seperti selebriti yang sangat berkebolehan," katanya sambil berseloroh.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Akueatu (@akueatu)

 

Umum sedia maklum, maklumat di Wikipedia adalah boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Perkara sama pernah terjadi kepada anak Zarina Zainudin, Azal Azrai yang dilabel sebagai orang gila, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Baca: Zarina Zainuddin Kesal Anaknya, Azal Azrai Dilabel Orang Gila

 

Sumber: HMetro / Wikipedia