Pelakon, Atikah Suhaime telahpun selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, Datuk Lokman Teh pada 21 Jan lalu dalam sebuah majlis tertutup kira-kira jam 8.45 malam.
Selepas sekian lama menjalin hubungan cinta sejak 2019, pasangan ini akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujang masing-masing.
Baca juga: Kongsi Foto Bersama Kekasih Depan Masjid, Peminat Fikir Atikah Suhaime Dah Nikah
Dengan mas kahwin sebanyak RM300, Atikah Suhaime sah menjadi isteri Lokman Teh dengan hanya satu kali lafaz.
Selepas majlis persandingan, pemilik nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 29, seakan tidak percaya sudah bergelar isteri dan merasakan semua ini bagaikan mimpi.
“Macam tak percaya, ingatkan mimpi,” tulis Datin Atikah Suhaime pada kapsyen di Instagram.
Rata-rata peminat dan rakan artis dilihat mengucapkan tahniah kepada pelakon ini atas majlis persandingan yang diadakan.
Sumber: Tiktok