Tercetusnya perkenalan antara mereka adalah menerusi rancangan realiti Gegar Vaganza Musim-7 pada 2020.
Semalam, penyanyi Ashira, 36, dan Bad Indigo, 46, akhirnya disatukan sebagai sepasang suami isteri setelah selamat dinikahkan menerusi majlis yang dibuat secara bersederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ashira sendiri iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi.
Menerusi entri di Instagram yang berupa fotonya mengenakan busana pengantin serba putih, tulis Ashira, “Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz tepat jam 2:46 pm 11 haribulan Mac 2021, saya sah bergelar isteri kepada @bad.indigo_official. Terima kasih sangat kepada semua atas doa-doa kalian.”
Tambahnya lagi pada posting Instagram yang lain, dia seakan-akan tidak percaya bahawa mereka kini telah bergelar pasangan suami isteri.
Ramai yang turut mendoakan kebahagian buat pasangan penyanyi itu.
Pada tahun lalu, kedua-dua Ashira dan Bad Indigo menyertai rancangan realiti Gegar Vaganza Musim-7 dan mula mengenali hati budi masing-masing dari situ.
Bad pernah mendedahkan bahawa dia jatuh cinta pandang pertama pada Ashira yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang penyayang dan kelakar.
Bad bergelar bapa tunggal kepada dua cahaya mata, Rayyan dan Rania sejak 2010.
Sementara itu, Ashira pula merupakan ibu tunggal kepada anak sulung, Megat Shazril Haziq Hadi, 15 sejak 2015.
Sumber: Instagram