Hari ni dah 19 Disember. Bermakna sedar tak sedar dah sebulan rupa-rupanya #MalaysiaMemilih dalam PRU15. Hari ini juga berlangsungnya mesyuarat pertama sidang Parlimen pasca PRU15.
*kredit foto: Shahir Omar (AWANI)
Sebagai mana macam-macam kejutan dan uniknya keputusan dan PRU15, banyak jugalah perkara menarik menghiasi sidang Parlimen Kerajaan Perpaduan hari ni. Haaa ni antaranya;
-
Pertama kali pertama dalam sejarah, blok kerajaan diduduki oleh Kerajaan Perpaduan
-
Julung kali juga menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi seteru ketat selama ni akhirnya duduk dalam blok sama iaitu kerajaan
-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pertama kali duduk di kerusi nombor satu di blok kerajaan sebagai Perdana Menteri
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali ke kerusi nombor dua sebagai Timbalan Perdana Menteri
-
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara yang ambil tempat di bahagian Ahli Parlimen senior di blok kerajaan di Dewan Rakyat
-
Ini kali pertama Perdana Menteri & Wanita Pertama Malaysia sama-sama berada dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen, juga dalam dalam blok yang sama
-
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke blok pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) menolak menyertai Kerajaan Perpaduan
-
PAS sebagai parti dengan kerusi paling banyak turut kembali menjadi pembangkang
-
Antara nama besar yang tiada dalam penggal kali ini adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
-
Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar juga antara nama besar yang tidak beraksi dalam penggal ini selepas tewas dalam PRU15
Oleh: KJ
Sumber & foto : AWANI, BERNAMA & internet