“Alhamdulillah, Saya dan Kawan Baik Punya Citarasa Berbeza Terhadap Lelaki,” – Anna Jobling

Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan isu seorang pempengaruh yang juga pelakon berusia 24 tahun, dikatakan bercinta dengan bekas teman lelaki kawan baiknya sendiri.

kecoh isu sondol ex-boyfriend kawan baik, warganet kecam cupcake aisyah

Baca: Kecoh Isu Sondol Ex-Boyfriend Kawan Baik, Warganet Kecam Cupcake Aisyah

 

Perkara itu mendapat perhatian ramai warganet, termasuk dalam kalangan selebriti seperti pelakon jelita, Anna Jobling.

“saya pernah kena curang beberapa kali,” anna jobling akui takut nak kahwin

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, beliau tidak berasa risau dengan kawan baiknya sendiri kerana mereka tidak mempunyai citarasa yang sama terhadap lelaki.

 

“Alhamdulillah, saya dan kawan baik saya mempunyai cita rasa yang berbeza terhadap lelaki, jadi kami tidak perlu risau,” ujar Anna dalam satu hantaran di X.

“alhamdulillah, saya dan kawan baik punya citarasa berbeza terhadap lelaki,” – anna jobling

Meskipun tidak menyebut berkenaan isu yang melanda antara dua pempengaruh itu, rata-rata warganet percaya ia adalah merujuk kepada gosip tersebut.

 

Sumber: X