Angel Akui Terharu iDolla Sering Pertahankan Dirinya

Angel, ahli kumpulan Dolla akui rasa terharu dengan sokongan kuat kelab peminat iaitu iDolla sepanjang namanya terkait dengan kontroversi melibatkan pelakon Amir Ahnaf baru-baru ini.

Menurut Angel, sokongan peminat kepada dirinya bukan sahaja membangkitkan lagi semangat kepada dirinya, malah kepada ahli kumpulan yang lain iaitu Tabby dan Sabronzo. 

“Memang saya sangat terharu melihat sokongan iDolla dan menghargai semua usaha mereka.

“Sokongan itu sebenarnya bukan untuk saya seorang sahaja tetapi semua ahli lain juga.

“Antara kami juga turut memberi kata-kata semangat dan motivasi apabila salah seorang dihambat kontroversi agar tidak mudah hilang fokus,” katanya. 

Dalam pada itu, Angel yang masih terus dikaitkan dengan Amir sekali lagi menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sebagai rakan sesama industri.

Sumber: Kosmo