Anak Jati Perak Cipta Rekod Jadi Orang Asli Pertama Genggam Ijazah Dari Universiti Dunia

Seorang gadis yang berketurunan Orang Asli suku Semai mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di salah satu universiti terhebat dunia, University College London (UCL).

anak jati perak cipta rekod jadi orang asli pertama genggam ijazah dari universiti dunia

Gadis yang dikenali sebagai Susherrie Suki itu berasal dari Perak.

Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.

“Beliau merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL. UCL merupakan universiti terkemuka di dunia, di mana kedudukan semasa universiti ini adalah di tangga kelapan dunia (QS World University Ranking 2023).

“Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.

“Saudari Susherrie Suki kini telahmendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” tulis Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA) menerusi satu hantaran di Twitter.

Terdahulu, Susherrie memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, sehingga melayakkannya menerima biasiswa Mara bawah Program Pembangunan Bakat Muda.

Dia kemudian menyambung pelajaran di Kolej Mara Seremban.

 

Sumber: Malaysiakini

ARTIKEL BERKAITAN