Kejam dan tidak berhati perut! Itu yang boleh dikatakan kepada individu yang tergamak membuang seekor anak kucing dari jambatan Pulau Pinang baru-baru ini.
Mujur anak kucing berwarna hitam itu berjaya diselamatkan seorang kaki pancing yang berada dilokasi terbabit iaitu Sobri Karim, 36.
Menurut beliau, anak kucing itu diselamatkannya dari tiang 67 jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 3.30 petang, 19 Oktober 2021.
Insiden itu telah dirakam dan kini menjadi tular di media sosual.
Beliau pada mulanya menerima panggilan membawa anak kucing ke jeti nelayan Batu Uban dari lokasi tiang di bawah jambatan itu daripada seorang kaki pancing sekitar jam 2 petang.
“Saya dimaklumkan nelayan tersebut yang anak kucing berbulu hitam itu dijumpai semasa dia sedang memancing ikan di tiang 67 pada pukul 2 petang.
“Anak kucing itu ditemui sedang berenang menghampiri tembok tiang itu selepas dicampak kira-kira 20 meter dari atas jambatan. Kaki pancing tersebut kemudiannya terus membawa naik haiwan tersebut dengan menggunakan penyauk ikan.
“Saya terus bergegas ke lokasi penemuan anak kucing itu sejurus menerima panggilan membantu membawa anak kucing pulang ke jeti,” katanya kepada Kosmo!.
Beliau juga tidak menyangka ada individu yang tergamak berbuat demikian tanpa ada rasa belas kasihan dan berperikemanusiaan.
Sumber: [1]