Tiba-Tiba Digosip Bercinta Dengan Shila Amzah, Ini Jawapan Amir Masdi

Penyanyi, Amir Masdi tiba-tiba sahaja digosipkan bercinta dengan penyanyi, Shila Amzah, sehingga mendapat perhatian netizen.

tiba-tiba digosip bercinta dengan shila amzah, ini jawapan amir masdi

Amir bagaimanapun menafikan gosip itu meskipun mereka sering dilihat bersama sejak menyertai program Masked Singer, awal tahun ini.

 

Menurut Amir, hubungan mereka hanya sekadar kawan baik dan kini mereka bertemu untuk bermain badminton.

 

"Kami hanya berkawan baik. Saya mula bertemu Shila ketika sama-sama menyertai program Masked Singer dan hubungan kami mula rapat selepas berjumpa di sebuah acara ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

"Orang luar mungkin nampak kami rapat sebab kami selalu bermain badminton bersama-sama. Bukan kami berdua saja tapi ada ramai kawan-kawan selebriti lain yang turut serta.

"Saya mula aktif bermain badminton sejak tahun lalu lagi bersama pengacara Haziq Hussni, tapi Shila boleh dikatakan masih baru sertai kumpulan kami.

"Kami pun jarang berhubung. Kalau berhubung pun semuanya atas urusan kerja kalau kami ada undangan persembahan di lokasi yang sama," katanya kepada Harian Metro.

 

Tambah Amir lagi, beliau sendiri tidak tahu bagaimana gosip itu boleh timbul sambil menjelaskan beliau kini masih lagi berstatus single.

Sumber: HMetro